Johore Bar Committee

No. Pekeliling 68/2026: Forum Perundangan | Waris Ada, Harta Ada: Di Mana Silapnya? (9 Okt 2026)

Jawatankuasa Kecil Syariah Badan Peguam Johor dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor akan menganjurkan Forum Perundangan bertajuk “Waris Ada, Harta Ada: Di Mana Silapnya?”

Forum ini bertujuan membincangkan serta merungkai pelbagai kekeliruan berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka daripada perspektif Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perbincangan ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai bidang kuasa dan proses yang terlibat, selain mengetengahkan isu-isu lazim yang timbul dalam pengurusan harta pusaka yang melibatkan kedua-dua bidang kuasa tersebut.

Forum ini akan menampilkan dua orang ahli panel daripada institusi kehakiman Sivil dan Syariah yang akan berkongsi perspektif berdasarkan bidang kuasa serta pengalaman masing-masing, iaitu terdiri daripada Tuan Helmi bin Kasman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru, dan Puan Azureen Sahira binti Sauffee Afandi, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh9hb Oktober 2026 (Jumaat)
Masa9:00 pagi – 12:30 tengahari (Pendaftaran bermula jam 8:30 pagi)
TempatGrand Paragon Hotel, Johor Bahru
Tingkat 4, Sapphire 3
18 Jalan Harimau, Taman Century, Johor Bahru
Yuran PendaftaranRM80-00 seorang
Mata CPD 3.5 mata

Segala pandangan dan penerangan yang disampaikan dalam forum ini adalah bersifat umum bagi tujuan pendidikan dan perkongsian ilmu serta tidak boleh dianggap sebagai nasihat undang-undang atau ulasan terhadap mana-mana kes yang sedang atau mungkin dibawa ke mahkamah.

Pembayaran & Pendaftaran

Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum acara berlangsung. Pendaftaran hanya akan disahkan setelah bayaran berjaya diterima. Para peserta boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan melengkapkan borang pendaftaran melalui pautan pembayaran berikut: https://catalog.billplz.com/johorebar3/payment-form/forum09102026

Bahan pembentangan, sekiranya ada dan tertakluk pada kebenaran penceramah, akan dihantar kepada para peserta melalui e-mel selepas program.

Kami mengalu-alukan dan menantikan penyertaan anda.

NUR SYAHIDA BINTI MOHAMED
PENGERUSI
JAWATANKUASA KECIL SYARIAH