Circular No. 65/20: Update on the Operation of Johor Bahru Courts in Bangunan MSC Cyberport

We have been notified of the temporary suspension of operation of court business at the JB High Courts (Civil) and Subordinate Courts (Civil), including mediation centres and the service counters, at Bangunan MSC Cyberport. 

The suspension is for 14 days, in effect from 01/11/2020 until 14/11/2020.

The notification issued by the Chief Registrar, Federal Court of Malaysia, which is self-explanatory, is reproduced below.

On 29/10/2020, the District of Johor Bahru had been declared a red zone.

Members who have had contact with the interpreters concerned are advised to undergo the Covid-19 swab tests, observe self quarantine. Such members as well as those from Johor Bahru are further advised to take the necessary steps should you have matters in other jurisdictions.

We should all do our part to contain and combat this pandemic.

As always, I wish you all the very best of health; take care and be safe.

SHAHAREEN BEGUM BINTI ABDUL SUBHAN

CHAIRMAN

____________________________________________________________________________

“PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI MAHKAMAH TINGGI SIVIL, MAHKAMAH RENDAH SIVIL, PUSAT MEDIASI MAHKAMAH SERTA KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN MAHKAMAH DI  MENARA MSC CYBERPORT, NO. 5 JALAN BUKIT MELDRUM, 80300 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel tuan bertarikh 30 Oktober 2020 di bawah adalah berkaitan.

2.       Adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa susulan terdapat kes positif Covid-19 yang melibatkan warga kehakiman Mahkamah Johor Bahru, maka operasi Mahkamah-mahkamah dan kaunter-kaunter perkhidmatan Mahkamah di Menara MSC Cyberport, No. 5 Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor (“Menara MSC Cyberport”) ditangguhkan selama empat belas (14) hari berkuat kuasa pada 1 November 2020 hingga 14 November 2020 dan arahan-arahan berikut adalah terpakai:

(a)    Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah dan Pendengaran Kes Secara Dalam Talian di Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Rendah Sivil dan Pusat Mediasi Mahkamah Johor Bahru di Menara MSC Cyberport

E-mel – e-mel Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 bertarikh 17 Mac 2020 dan Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2020 bertarikh 26 Mac 2020 dan 24 April 2020 adalah terpakai;

(b)    Operasi Kaunter-Kaunter Perkhidmatan Mahkamah di Menara MSC Cyberport ditangguhkan; dan

(c)    Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 17 Mac 2020

Bagi Pegawai dan Kakitangan di Menara MSC Cyberport, surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 17 Mac 2020 berkenaan Arahan Berkerja dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan hendaklah dipatuhi.

3.       Walau bagaimanapun, pemakaian panduan di atas perlulah diubah suai dengan mengambil kira keperluan Mahkamah masing-masing dan tarikh pemakaian. Kerjasama tuan juga adalah dipohon untuk memanjangkan perkara ini kepada perhatian YA-YA Hakim, pegawai dan kakitangan Mahkamah di Menara MSC Cyberport serta pemegang taruh (stakeholders) yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia”

Print Friendly, PDF & Email