Johore Bar Committee

Circular No. 62/2025: Bridging Laws, Building Harmony: Civil & Syarie Lawyers’ Engagement Session in Johore (27 Nov 2025)

We are pleased to inform that the Committee on Shariah Legal Affairs and Reform of the Malaysian Bar in collaboration with the Shariah Sub-Committee of the Johore Bar Committee will be holding a discussion session with Civil-Syarie practitioners in the State of Johore.

The discussion session will be held as follows:-

Date27th November 2025 (Thursday)
Time4:30 p.m. (Registration starts at 4:00 p.m.)
VenueFly Brew Coffee @ Ramada Suites
Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru
80100 Johor Bahru
Fee:Free Admission (Pre-registration is required)
CPD code:T3/27112025/BC/BC253313/2 (2 points)

This session is held for the following purposes:-

  1. To obtain feedback from Civil-Syarie lawyers practising in the State of Johore and to discuss the issues and challenges faced by them;
  2. To gain a deeper understanding of the issues encountered by them including practical and legal aspects;
  3. To prepare a report containing a detailed analysis and proposed solutions to the issues and challenges discussed and identified during the Session;
  4. To draft a more comprehensive working paper addressing the issues raised, which will serve as the basis for further discussion with the Ketua Hakim Syarie Negeri Johor to be arranged later; and
  5. To present the prepared report and working paper, and to explore effective strategies and approaches to address the identified issues in line with the objectives of both Committees in enhancing the quality and efficiency of Civil-Shariah legal practice in the State of Johor.

Participation in this session is FREE OF CHARGE, but prior registration is REQUIRED. For confirmation of attendance on or before 24 November 2025 (Monday) at the following link: https://tinyurl.com/shariahsession27112025

We look forward to the participation and positive engagement of Civil-Syarie practitioners in Johor towards the improvement of the dual legal system in Malaysia, particularly in the State of Johor Darul Ta’zim.

Thank you.

NUR AMIRAH BINTI MOHD PAUZI
CHAIRPERSON
SHARIAH SUB COMMITTEE

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pekeliling Nombor: 62/2025

Tarikh: 14 November 2025

MENGHUBUNGKAN UNDANG-UNDANG, MEMBINA KEHARMONIAN:
SESI TEMU MESRA PEGUAM SIVIL & PEGUAM SYARIE DI NEGERI JOHOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Undang-undang Syariah dan Reformasi Badan Peguam Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil Syariah Badan Peguam Negeri Johor akan mengadakan satu sesi pertemuan dan perbincangan bersama-sama Peguam-peguam Sivil-Syarie yang beramal di Negeri Johor.

Sesi tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:-

Tarikh27 November 2025 (Khamis)
Masa4:30 petang (Pendaftaran bermula 4:00 petang)
TempatFly Brew Coffee @ Ramada Suites
Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru
80100 Johor Bahru
YuranPercuma (Pra-pendaftaran diwajibkan)
Kod CPDT3/27112025/BC/BC253313/2 (2)

Sesi ini diadakan bagi tujuan berikut:-

  1. Mendapatkan maklum balas daripada peguam Sivil-Syarie yang beramal di Negeri Johor dan untuk membincangkan masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi oleh mereka;
  2. Memahami dengan lebih mendalam isu-isu yang dihadapi oleh mereka, termasuklah aspek-aspek praktikal dan perundangan;
  3. Menyediakan satu laporan yang mengandungi analisis terperinci dan cadangan-cadangan penyelesai terhadap isu-isu dan masalah-masalah yang telah dibincangkan dan dikenalpasti dari Sesi Temu Mesra tersebut;
  4. Merangka kertas kerja yang lebih komprehensif untuk penyelesaian terhadap isu-isu dan masalah-masalah yang dibangkitkan dan kertas kerja berkenaan akan dijadikan asas perbincangan bersama Ketua Hakim Syarie Negeri Johor yang akan diaturkan kelak; dan
  5. Membentangkan laporan dan kertas kerja yang disediakan serta meneroka pelbagai strategi dan pendekatan yang berkesan untuk menangani isu-isu yang telah dikenal pasti selari dengan matlamat kedua-dua Jawatankuasa untuk mencapai penyelesaian dalam meningkatkan kualiti dan memudahkan urusan pengamal undang-undang Sivil-Syarie di Negeri Johor.

Penyertaan pengamal undang-undang Sivil-Syarie di Negeri Johor ke Sesi Temu Mesra adalah PERCUMA namun pendaftaran awal untuk pengesahan penyertaan adalah DIWAJIBKAN pada atau sebelum 24 November 2025 (Isnin) pada pautan  – https://tinyurl.com/shariahsession27112025

Kami menantikan penyertaan dan penglibatan positif Peguam-peguam Sivil-Syarie di Negeri Johor demi penambaikan sistem dual perundangan di Malaysia khususnya di Negeri Johor Darul Ta’zim.

Sekian, terima kasih.

NUR AMIRAH BINTI MOHD PAUZI
PENGERUSI
JAWATANKUASA KECIL SYARIAH