Circular no. 38/11 PERLAKSANAAN SISTEM FRANGKI DIGITAL

 

The above matter refers. We append herewith the notice received from the Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, for your attention:

MAKLUMAN

Pembayar Duti yang dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Frangki Digital (SFD) akan dilaksanakan pada 27 Jun 2011 (Isnin) untuk menggantikan penyeteman surat cara secara setem tertera (franking merah).

Penyeteman menggunakan SFD ini boleh digunakan untuk :

i. Surat cara selain daripada permohonan yang telah diproses menggunakan STAMPS dan permohonan pindah milik yang telah diproses di Pejabat Tanah.

ii. Kaedah bayaran yang dibenarkan ialah dengan menggunakan Tunai / Deraf Bank / Kiriman Wang / Wang Pos sahaja. Kaedah bayaran menggunakan cek adalah tidak dibenarkan buat masa ini.

Walau bagaimanapun, permohonan dalam talian “STAMPS” masih merupakan kaedah penyeteman utama dan SFD adalah merupakan kaedah penyeteman alternatif.

Kerjasama tuan / puan amat dihargai dan sebarang kesulitan dihadapi amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Daripada:

Pengarah Jabatan Operasi Cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Kindly be guided accordingly.

Print Friendly, PDF & Email

This content is restricted to site members. If you are an existing user, please log in. New users may register below.

Existing Users Log In
   
New User Registration
*Required field