The Johore Bar Committee is deeply saddened by the passing of Puan Norisah binti Abu Aman on 18.12.2014 on the very fateful day, Allahyarhamah Norisah binti Abu Aman was on her way to Kota Tinggi to attend a Court case.

Allahyarhamah Norisah binti Abu Aman was called to the Bar on 22.2.2013 upon successfully completed her pupillage at Messrs. Zulkafli, Rani & Co. She then opened her own firm under the name of Messrs Norisah & Co

Allahyarhamah Norisah leaves behind her beloved husband Encik Ismail bin Osman and a daughter, who is also a member of the Bar, Cik Nurul Afiah binti Ismail and 2 sons namely, Encik Khairul Faizal bin Ismail and Encik Shahrul bin Ismail.

JBC extend its deepest condolences to the deceased’s family and relatives and may the family stay strong in these difficult times.

AL-FATIHAH


(Tribute for Allahyarhamah Norisah binti Abu Aman at a Reference Proceeding held at Johor Bahru High Court on 4 Feb 2015)

“Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana saya telah diberi penghormatan untuk membuat rujukan bagi memperingati seorang sahabat yang saya kenali lebih daripada dua puluh tahun, dan juga rakan peguam Pn Norisah binti Abu Aman atau lebih dikenali sebagai Kak Nor bagi kebanyakan rakan-rakan peguam terutama mereka yang lebih muda.

Saya mula mengenali Kak Nor semasa beliau masig menjadi penghantar dokumen bagi firma CF Wong & Co Kulai, yang mana beliau akan pergi membuat kerja-kerja pendaftaran di semua pejabat tanah di daerah-daerah di seluruh Johor. Ini adalah di awal tahun 1990an, pada masa itu saya baru menjadi peguam, dan kerja-kerja pendaftaran di luar pejabat dibuat oleh staff lelaki. Apa yang saya ingat, beliau sangat bersemangat di dalam melakukan kerja beliau dan telah menasihatkan saya untuk tinggalkan “ego” dalam poket, dan tebalkan muka apabila membuat urusan di jabatan-jabatan, yang penting urusan pelanggan dapat diselesaikan. Satu pesanan yang saya dapati amat berguna dan saya masih amalkan sehinggga ke hari ini. Saya percaya ramai antara rakan peguam juga telah mengenali Kak Nor sebelum beliau diterima sebagai peguam pada 22 Februari 2013.

Atas galakan daripada mentor dan rakan sekerja beliau Pn Rani Shanmugam untuk melanjutkan pelajaran di bidang Undang-Undang, Kak Nor telah mengikut jejak Pn Rani untuk menyambung pelajaran secara jarak jauh. Berkat kegigihan beliau, Kak Nor telah berjaya menjadi graduan di dalam bidang Jurisprudens dari Universiti Malaya pada tahun 2003, dan lulus CLP pada tahun 2012. Ini bukan suatu tugas yang mudah untuk belajar semula selepas bekerja dan berkeluarga. Saya percaya banyak masa dan wang telah dikorbankan untuk mencapai cita-cita beliau untuk menjadi peguam.

Selepas menjalani latihan di firma mentornya Pn Rani di firma Zulkafli, Rani & Co di Kulai, Kak Nor akhirnya diterima sebagai peguam pada Februari 2013. Ini adalah satu pencapaian yang amat bermakna bukan sahaja kepada Kak Nor dan keluarga tetapi kepada rakan-rakan peguam. Pada masa tersebut beliau telah menjangkau usia 57 tahun (melebihi usia bersara kakitangan awam pada masa itu) dan telah menjadi nenek kepada 2 orang cucu. Beliau telah membuktikan bahawa jika kita berusaha dan sanggup berkorba, kita boleh mencapai apa juga impian kita.

Sebelum menjadi peguam, Kak Nor telah bekerja di beberapa firma guaman di sekitar Kulai, Johor dan banyak menguruskan kes-kes tanah. Akan tetapi selepas menjadi peguam, Kak Nor juga telah menunjukkan minat yang mendalam di dalam kes-kes jenayah dan menjadi peguam tetap yang mengendalikan kes-kes Yayasan Bantuan Kebangsaan (YBGK) terutama di Mahkamah Majistret Kulai  dan Pontian.

Malah saya dimaklumkan bahawa pada pagi kejadian kemalangan yang dihadapi oleh Kak Nor, beliau berada di dalam perjalanan untuk pulang ke Kulai daripada Mahkamah Majistret Kota Tinggi setelah menyelesaikan kes-kes YBGK di sana. Ini bukanlah suatu yang biasa bagi kebanyakan kita kerana pada masa tersebut beliau telah berumur 59 tahun, dan bagi kebanyakan peguam wanita pada peringkat tersebut, kebanyakan kita memilih untuk membuat kes-kes tempatan sahaja supaya tidak perlu bekerja ke Mahkamah di luar daerah. Tetapi itulah Kak Nor yang suka dengan cabaran dan selalu ingin mencuba sesuatu yang baru.

Walaupun Kak Nor hanya sempat menjadi rakan guaman kepada kita untuk tempoh yang agak singkat iaitu tidak sampai 2 tahun, beliau telah memberi inspirasi terutama kepada peguam-peguam muda untuk terus berusaha membaiki diri, dan bagi rakan-rakan sebaya untuk terus menjadi peguam yang aktif kerana sebagai peguam kita dapat banyak membantu orang lain.

Saya berpeluang bertanya dengan anak perempuan beliau mengapa Kak Nor begitu bersemangat ingin menjadi peguam dan saya diberitahu bahawa ia merupakan hajat bapa beliau yang ingin Kak Nor menjadi peguam tetapi disebabkan kekangan hidup selepas tamat persekolahan, cita-cita tersebut terpaksa ditangguhkan. Ini juga adalah sebab beliau hanya bekerja di pejabat peguam di sepanjang alam pekerjaan beliau dan beliau telah meminta anak beliau Cik Nurul Afiah untuk memilih bidang Undang-Undang walaupun ingin menjadi seorang guru. Sekarang Cik Nurul telah menjadi peguam dan mengambilalih firma ibunya.

Bagi mereka yang rapat dengan Allahyarhamah Kak Nor terutama mereka yang berurusan di Mahkamah Majistret Kulai, pastinya kita kan berasa kehilangan kerana beliau sering ceria dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan beliau.

Beliau juga adalah seorang isteri dan ibu yang sangat prihatin kepada kebajikan keluarga beliau. Saya diberitahu beliau telah membuka firma beliau di rumah iaitu Tetuan Norisah & Co kerana beliaudapat membahagikan masa untuk menjaga dan menemankan suami beliau yang telah bersara semasa beliau berada di ‘pejabat’.

Beliau ada memberitahu kami rakan-rakannya bahawa beliau ingin menjalankan amalan dengan anak perempuan kesayangan beliau yang juga seorang peguam setelah kedudukan firma beliau lebih stabil.

Tetapi di dalam kehidupan ini

Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan

Kepada Kak Nor, kami doakan semoga rohnya dicucuri rahmat

Perkenalan dan kenangan bersama kami jadikan azimat

Kak Nor pastinya akan sentiasa diingati oleh ahli keluarga tersayang iaitu suami En Ismail bin Osman, dua anak lelaki iaitu Khairul Faizal dan En Shahrul dan Cik Nurul Afiah yang mengambilalih perniagaan ibu beliau serta dua orang cucu beliau. Di sebalik itu, mereka adalah sangat beruntung kerana dianugerahkan seorang isteri, ibu dan nenek yang sentiasa aktif dan ceria di dalam hidup mereka.” 

Rodziah binti Idris

Print Friendly, PDF & Email